Satu perbincangan bersama pakar perubatan Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK) telah diadakan dengan fokus kepada perubahan sistem penjagaan kesihatan negara.

Perbincangan dengan tajuk ‘Building A Resilient Healthcare System-The Future of Medical Research Collaboration between Malaysia and UK’ adalah bersempena dengan lawatan kerja beliau selama dua hari di UK.

Menurut Dr Zaliha, input yang diperoleh daripada perbincangan selama kira-kira tiga jam itu amat bermanfaat memandangkan Malaysia sedang merangka sebuah Kertas Putih Kesihatan.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pakar Kardiologi dari Universiti Oxford, Profesor Madya Dr Masliza Mahmod.