Pada Tahun Ini NAZA TTDI telah menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 50 menerusi kempen “Harmony of Living”.

Antara aktivit yang bakal di jalankan sempena sambutan ini ialah tiga (3) siri Cabutan
Bertuah untuk pembeli hartanahnya.

Pembeli unit dalam projek terpilih iaitu, MET1 Residences, Sentralis Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai
– Soho, Trio Permai – Kedai, Trio Permai – Kedai dan TTDI Za’aba layak untuk menyertai cabutan tersebut.

Cabutan Bertuah “Harmony of Living” menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk Mercedes Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport yang akan dijalankan dalam 3 cabutan, pada bulan Mei, Julai, dan cabutan bertuah utama pada Ogos 2023.

Menurut Pengerusi NAZA TTDI YBhg Dato’ Jasmy bin Ismail, sepanjang perjalanan 50 tahun sejak penubuhannya pada 1973, NAZA TTDI turut menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan komuniti utama di Lembah Klang melalui pembangunan dan projeknya.