Majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi “Program Latihan kerjaya Hospitality YWP”Bersama University Putra Malaysia Education Training dan DHS Hospitality Academy telah di adakan di Wisma YWP

Program ini bertujuan memberi persediaan kepada pelajar dalam industri Hospitality dan sector Penerbangan-Operasi Darat, sepanjang tempoh Latihan selama setahun,peserta akan didedahkan dengan pengalaman kerja sebenar yang diyakini lebih efektif ,realistik dan praktikal.

Bagi memulakan program ini,peserta hanya perlu membayar yuran komitmen sebantyak RM100 dan pihak YWP akan memberikan bantuan awal sebanyak RM500 secara one-off bergantung kepada kelayakan ,bagi menjelaskan yuran pendaftaran program.

Objektif “Program Latihan kerjaya Hospitality YWP”adalah untuk memberi peluang kepada penduduk di wilayah persekutuan atau pengundi wilayah persekutuan boleh menceburi bidang pekerjaann dalam industry hospitaliti dan sector penerbangan -operasi darat di samping mengurangkan penggajian pekerja asing dalam kedua-dua industri tersebut.

Untuk maklumat lanjut pada sesiapa yang berminat boleh melayari di laman http://www.yayasan wp.org.my untuk mandapatkan maklumat lanjut.