
Kuala Lumpur- Waktu pagi bagi rakyat Malaysia kini akan lebih ceria dengan suara bekas menteri kesukaan mereka Khairy Jamaluddin boleh di dengar melalui saluran stesen radio Hotfm.
Tinjauan klbroadcast menunjukkan ramai pendengar radio terutama warga lembah klang mula mendengar siaran radio seawal jam 6 pagi hari ini.
Juga pada hari pertama di konti radio, kj turut memberi gambaran kemungkinan beliau akan menjadi CEO kepada pasukan bola terkuat liga Malaysia iaitu pasukan Johor Darul Takzim .
Sebelum ini Kj merupakan ahli parlimen dari kawasan rembau dan memegang beberapa portfolio menteri sebelum beliau tewas pada pru ke 15 yang lalu.