Padang Terap – Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar telah mengesahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand telahditembak beberapa das tembakan sehingga menyebabkan kenderaan dinaiki dua lelaki itu terbabas ke bahu jalan oleh pegawai tentera yang mengejar suspek.

Suspek pada mulanya cuba menghimpit motosikal tentera ketika dikejar sebelum terbabas ke bahu jalan selepas di tembak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam pasukan tentera terserempak dengan kenderaan tersebut yang baru keluar dari kawasan hutan dan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Walaupun diarah berhenti pemandunya terus memecut sebelum dikejar pihak tentera.

dua lelaki warga tempatan berjaya diberkas dengan salah seorang  cedera di kaki dan rakannya luka di kepala. suspek dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan dan kemudian di tahan untuk disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Racun 1952.