Kuala Lumpur – Co-opbank Pertama (CBP) secara rasminya melancarkan nilai teras institusi perbankan itu yang dikenali sebagai MYCBP.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi dan Anggota Lembaga CBP.

Pengerusi CBP Datuk Baharom Embi berkata MYCBP in akan dijadikan sebagai satu identiti untuk keseluruhan warga kerja CBP tapa mengira pangkat dan juga jawatan wargakerjanya.

“CBP mempunyai produk dan perkhidmatan yang berkualiti, justeru itu, ianya juga perlu seiring dengan nilai-nilai teras yang mencerminkan kehebatan CBP itu sendiri oleh warga kerja nya.

“Nilai teras ini perlu bag memastikan warga kerja CBP mempunyai satu standard kompetensi yang sama untuk CBP terus bergerak maju ke hadapan,” katanya pada majlis berbuka puasa dan pelancaran projek FIRST di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ujarnya lagi, MYCBP tersebut merupakan satu akronim iaitu Mesra Pelanggan, Yakin dan Beriltizam, Cekap, Berintegriti dan Progresif.

Pada majlis iftar itu juga Co-opbank Pertama (CBP) turut memberi sumbangan kepada beberapa buah sekolah

Dalam masa yang sama, turut dilancarkan adalah Projek FIRST di mana projek ini adalah satu projek untuk menaiktaraf Sistem Perbankan Teras CBP.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh ahli lembaga CBP, Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar dan juga pengurusan kanan CBP -KL Broadcast