KUALA LUMPUR – Sebelum ini, pengarah filem, Syamsul Yusof, 39 memberitahu dia akan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuann (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Terbaru, Syamsul tampil membicarakan semula mengenai tindakan tersebut pada satu sidang media pada Rabu.

Menurut Syamsul, dia berkahwin pada 6 Januari 2023 dengan Ira Kazar di Thailand dan mereka telah mendaftar perkahwinan di Malaysia selepas itu. Ujar Syamsul, dakwaan dia sudah berkahwin sebelum tarikh tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Tambah Syamsul, dia mahu menjernihkan keadaan. Jelasnya lagi, dakwaan Ira Kazar datang ke set penggambaran pun tidak benar.

“Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat. Bukan saya nak ‘back up’ Ira. Cuma sejauh mana kebenaran itu..” katanya.