Kuala Lumpur – Bertempat di Hotel W pada 25 Mei 2023, Yayasan Kebajikan Budimas telah menyambut ulang tahun yang ke 25 penubuhannya. Dan lebih membanggakan majlis malam amal tersebut telah berjaya mengumpul dana lebih RM400,000 yang akan digunakan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan masyarakat Orang Asli.

Antara tunjang utama tahun ini adalah untuk berusaha ke arah  penambahan dana secara menyeluruh di bawah program teras utama, Budimas Home Charitable Fund, Budimas Food Charity Fund dan Budimas Education Charity Fund, serta dua inisiatif tambahan program tambahan baru.

Malam amal yang telah dihadiri oleh para peniaga terkemuka dan dermawan itu telah disertakan dengan salah satu acara kemuncak iaitu acara “Silent Auction” yang mempamerkan barangan termasuk lukisan, koleksi berlian dan percutian ekslusif.

Hasil dari semua kutipan pembelian daripada acara tersebut akan disalurkan terus ke dana amal utama Budimas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Budimas, Anne Rajasaikaran, “Pencapaian ulang tahun ke-25 ini menandakan impak yang sangat besar dalam usaha menjalankan program-program kebajikan. Dana yang disumbang, telah sedikit sebanyak Berjaya memberikan bantuan yang mencukupi kepada samada individu ataupun sesebuah komuniti. namun begitu, masih banyak kerja yang perlu dilakukan.”

Sepanjang tempoh tahun lalu dan sehingga kini, Yayasan Kebajikan Budimas telah mencapai kejayaan luar biasa dalam misinya untuk menaiktaraf kualiti kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik meliputi jumlah 5,000 dari lebih 100 rumah kebajikan. Rumah-rumah ini menerima bantuan untuk meringankan kekangan kewangan yang mereka hadapi dalam memenuhi keperluan asas mereka.

Budimas juga menguruskan sebuah rumah kebajikan sendiri, yang diberi nama “Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas Orion (Budimas Orion Home), berlokasi di Senawang, Negeri Sembilan. Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas Orion menawarkan tempat tinggal kepada 150 kanak-kanak yang dilengkapi kemudahan-kemudahan asas bagi memastikan keselesaan dan perlindugan setiap kanak-kanak tersebut.

Selain itu, kejayaan yang luar biasa yang dapat dikecapi ialah dengan pembinaan 10 perpustakaan awam di Kawasan-kawasan Orang Asli dan pedalaman di Pahang (1), Selangor (6), dan Negeri Sembilan (3). Perpustakaan-perpustakaan ini memberi manfaat dan pendedahan pembelajaran kepada ramai anak-anak Orang Asli dan dengan komuniti sekitar. dengan membina 10 perpustakaan awam yang banyak memberi manfaat kepada didalam Kawasan pedalaman. Dengan pembinaan perpustakaan awam ini, kanak-kanak dapat berkumpul dan menjadikan perpustakaan tersebut sebagai pusat pendidikan dan rujukan mereka dengan fasiliti yang mencukupi.

Tambahan pula, program Budimas Food Charity Fund telah berjaya menyediakan sarapan pagi kepada lebih 10,000 pelajar-pelajar sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pencapaian statistik menunjukkan bahawa pelajar daripada keluarga tersebut, telah melibatkan diri secara aktif dalam kelas dan telah meningkat secara akademik dengan anggaran peratusan sebanyak 80%.

Bagi tahun 2023 pula, Yayasan Kebajikan Budimas akan cuba untuk meningkatkan jumlah bantuan  program kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan masyarakat Orang Asli serta membina 2 lagi perpustakaan di penempatan Orang Asli di Melaka dan akan menyediakan tambahan sarapan pagi yang berkhasiat kepada 6,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di sekolah-sekolah awam seluruh Semenanjung Malaysia.

Menurut Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas YM Tunku Dato’ Yaacob Khyra, “Seiring dengan kemajuan tahun 2023,antara sasaran Budimas adalah untuk memberi bantuan kewangan dan bimbingan kepada rumah-rumah kebajikan di negara kita. objektif kami adalah untuk meningkatkan sokongan untuk tambahan 50 rumah kebajikan dan rumah anak yatim, serta akan menambah tujuh rumah kebajikan baharu dalam 10 tahun yang akan datang.”,

Dalam perkembangan berkaitan penambahan dua lagi program teras baharu diberi nama The Budimas Charitable Foundation’s Performing Arts Special Campaign and Budimas Children Medical Care Fund Foundation Programme

Performing Arts Special Campaign bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik berkembang dengan menyediakan geran dan bantuan kewangan untuk berkecimpung dalam seni persembahan termasuk topik kesejahteraan kanak-kanak, dan pemeliharaan budaya tradisional.

Objektif Budimas Children Medical Care Fund Foundation Programme pula adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia yang menerima rawatan untuk penyakit jarang atau “Rare Disease” dan masalah jantung.