
Johor Bahru : Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam yang disyaki terbabit dalam insiden menahan kenderaan orang awam dengan menyamar sebagai polis yang videonya tular semalamtelah berjaya diberkas oleh polis johor.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dua lelaki tempatan berusia 43 dan 48 tahun itu diberkas sekitar jam 6 petang semalam di sebuah kawasan perumahan di Permas, Kukup, Pontian.
Tangakapan itu dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.
Tambah beliau lagi , seorang suspek adalah penjawat awam, suspek kedua pula mempunyai rekod jenayah bersabit dadah manakala seorang lagi suspek masih bebas dan sedang dikesan.
Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi dan seorang suspek direman dua hari. Manakla permohonan reman ke atas suspek yang juga penjawat awam pula ditolak oleh mahkamah.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan barang.