The Budimas Charitable Foundation atau Yayasan Kebajikan Budimas telah meraikan World Food Day  dengan menekankan kepentingan makanan disamping menyediakan sajian makan malam kepada lebih daripada 170 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Tetamu kehormat yang hadir pada acari ini adalah Tunku Dato’ Yaacob Khyra, Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas, dan Anne Rajasaikaran, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Budimas.

Antara badan korporat yang turut menjayakan majlis ialah seperti Alstom Transport dan Sunway Velocity bersama dengan tetamu jemputan dan kanak-kanak yang dikasihi dari Rumah Kanak-Kanak Triniti, Yayasan Hiichiikok, Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Rumah Bakti Dato’ Haron, The Budimas Orion Home, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, dan Kampung Orang Asli Tanjung Sepat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Anne Rajasaikaran, yang menekankan kepentingan makanan dalam kelangsungan kehidupan kanak-kanak di Malaysia.

Tunku Yaacob Khyra yang merupakan Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas menyatakan komitmen untuk terus memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses kepada makanan berkhasiat setiap hari dan juga kepentingannya dalam kelangsungan kehidupan mereka.

“Di Budimas, tekad kami adalah untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak. Ia adalah misi yang kukuh dalam apa yang dilakukan oleh Yayasan Kebajikan Budimas. Kami teguh dengan pendirian bahawa makanan bukanlah hak yang istimewa tetapi hak asasi bagi setiap kanak-kanak, tanpa mengira keadaan mereka,” memetik kata kataTunku Yaacob Khyra.

Lebih 170 kanak-kanak kurang bernasib baik hadir ke majlis ini dengan elemen kejutan yang dibuat oleh Budimas Blind Taste Challenge dengan meminta mereka untuk meneka jenis makanan berkhasiat yang disuap menjadikan acara malam itu lebih menarik, menyeronokkan serta diselitkan unsur pendidikan.

Kanak-kanak yang hadir juga menerima pek makanan dan Pendidikan yang di sempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Budimas, Tunku Dato’ Yaacob Khyra.

Token penghargaan juga disampaikan kepada rumah-rumah kebajikan dan wakil Kampung-Kampung Orang Asli yang hadir pada malam tersebut.

Program pemakanan Yayasan Kebajikan Budimas melibatkan penyediaan sarapan berkhasiat setiap hari kepada lebih daripada 5,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Ini menunjukkan komitmen Yayasan Kebajikan Budimas dalam membasmi kemiskinan makanan, dan secara langsung akan membuka jalan kepada masa depan yang lebih sihat untuk kanak-kanak di Malaysia.

Sedikit Fakta mengenai Yayasan Kebajikan Budimas, ia merupakan pertubuhan bukan kerajaan. yang Diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952, misi Yayasan Kebajikan Budimas adalah untuk menyediakan bimbingan dan pembiayaan dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.