RAWANG – Larian KPJ Rawang Pink Run 2023 yang julung kali dianjurkan disambut meriah dengan penyertaan seramai 500 peserta dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.
Berlangsung di Anggun City Rawang di sini, program yang berkonsepkan fun run itu dianjurkan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan berorientasi riadah bersama keluarga. Bukan sekadar dapat mengeluarkan peluh, ia antara lain dapat merapatkan ukuwah dan mengeratkan silaturrahim antara peserta.
Penganjuran larian itu juga antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN kepada masyarakat dalam membudayakan amalan hidup sihat melalui sukan untuk semua.
Ia juga diadakan sebagai menghargai pelanggan yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada KPJ HealthCare Rawang.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita Selangor. Beliau berkesempatan membuat pelepasan peserta Fun Run Hari Malaysia pada jam 7.45 pagi. -KL Broadcast