KUALA LUMPUR: Seramai 250 kanak-kanak dari empat rumah kebajikan meraikan sambutan Hari Deepavali yang dianjurkan Yayasan Kebajikan Budimas (Budimas) pada Jumaat malam di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya.

Ketua Pegawai Eksekutif Budimas, Anne Rajasaikaran berkata Yayasan Budimas sentiasa meraikan empat perayaan utama setiap tahun untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan.

“Sementara kami berusaha untuk mencapai misi kami untuk menyediakan peluang sama rata kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, kami juga memastikan kanak-kanak ini dapat merasai perayaan seperti yang lain.

“Tujuan kita adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim bersama rumah-rumah kebajikan (dan penghuni) yang kita jemput hari ini, iaitu enam rumah, iaitu 250 student yang datang”, katanya yang ditemui media selepas program.

Majlis tersebut dirasmikan oleh pemegang amanah Budimas iaitu Tunku Datuk Yaacob Khyra, Tunku Yahaya Tun Tan Sri Abdullah dan Datin Seri Maneesah. Turut hadir, Tengku Muinuddin Putra, En Steve Teoh, En Yudistra Darma Dorai & En. Yong Yoke Kong,

Program itu menyaksikan penyertaan daripada rakan kongsi dan entiti korporat seperti Yayasan Institut Jantung Negara (IN), Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Farm Fresh Sdn Bhd, serta Havan Clothing.

Tetamu istimewa dan kanak-kanak yang hadir merupakan dari pelbagai rumah kebajikan iaitu Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas Orion, Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya dan anak Yatim Rita, Persatuan Kebajikan Sri Bala illam, Yayasan Hiichiikok, Pusat Jagaan Titian Kaseh, Rumah Hope, dan Kampung Orang Asli Bukit Kepong.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian ‘duit raya Deepavali’ daripada pemegang amanah Budimas serta beg cenderahati. -KL Broadcast