KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan, Pembangunan Usahawan dan Pengguna Islam Melayu Malaysia (DPPIM) hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahamam (MoU) dengan Kuala Lumpur Business & TVET Certified Institute (KLTVET).
Ahli Lembaga Pengarah DPPIM, Dato’ M Zhafirin M Yusof berkata tujuan MoU dibuat berikutan mahu memperkasakan usahawan dan ahli-ahli perniagaan agar tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.


“Selaras dengan usaha kerajaan masa ini untuk naik taraf TVET, DPPIM mensasarkan 3600 graduan di lahirkan dari kalangan ahli-ahli dewan di dalam pelbagai bidang hasil kolaborasi dengan KLTVET”, katanya.
Sementara itu, Presiden KLTVET Dr Zam@Ab Razak Zamri berkata ini adalah kerjasama pertama kali dijalinkan dengan Dewan Perniagaan (DPPIM).
Dr Zam yang juga merupakan Presiden Majlis Pemerkasaan Pendidikan Negara berkata
beliau percaya kolaborasi ini akan melahirkan lebih ramai pelajar pelbagai bidang dan KLTVET mensasarkan 1,000 pelajar dalam program ini.
Katanya lagi kerjasama dengan DPPIM bakal menjadi pemangkin bagi membuka pelbagai peluang dalam bidang pendidikan dan keusahawanan. -KL Broadcast