Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), selaku
pemilik serta pengendali perkhidmatan pengangkutan awam terbesar negara, memperkenalkan pas langganan OKU SMILE khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).
Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana yang sedia ada dan
pemohon baharu. Pengaktifan dan permohonan baharu pas OKU SMILE akan bermula pada
15 Januari 2024. Pas ini membolehkan pengguna OKU menikmati tambang percuma bermula
1 Februari 2024.
Kriteria langganan pas OKU Smile adalah seperti berikut;
a) Pemegang Kad Konsesi OKU Prasarana sedia ada;
I. Anda boleh terus melanggan atau mengaktifkan pas OKU Smile bermula 15
Januari 2024 di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab
bas terpilih seperti berikut;
▪ Hab Bas Rapid KL: Pasar Seni, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong
Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood dan Seksyen 2 Shah
Alam.
▪ Hab Bas Rapid Penang: Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit),
Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit
Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral.
▪ Hab Bas Rapid Kuantan: Hentian Bandar Kuantan.
II. Pastikan kad anda mempunyai baki minima RM5 untuk menggunakan pas ini.
III. Bagi pemegang kad yang telah tamat tempoh, anda perlu memohon untuk
mendapatkan kad baharu seperti langkah b) di bawah.
b) Pengguna yang masih belum mempunyai Kad Konsesi OKU Prasarana;
I. Permohonan Kad Konsesi OKU Prasarana boleh dibuat di kaunter pendaftaran
konsesi seperti berikut;
▪ Rapid KL – Hab Pasar Seni atau Stesen MRT Conlay (MRT Laluan
Putrajaya).
▪ Rapid Penang Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas
Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks
Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral.
▪ Rapid Kuantan – Terminal Hentian Bandar.
II. Sila bawa bersama kad pengenalan dan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan verifikasi. Proses pengeluaran kad di
kaunter mengambil masa 10 hingga 15 minit.
III. Pengguna Rapid KL dan Rapid Kuantan boleh memohon kad konsesi ini secara
dalam talian menerusi laman web http://www.myrapid.com.my. Pemohon perlu memuat
naik salinan kad pengenalan, kad OKU JKM dan gambar berukuran passport
berlatar belakang warna putih atau biru.
IV. Pemohon boleh memilih lokasi pengambilan kad konsesi seperti yang tertera di
dalam borang permohonan. Bagi permohonan yang mempunyai dokumen
lengkap, kad konsesi anda akan dihantar ke lokasi yang dipilih dalam masa tiga
hari waktu bekerja.
V. Bayaran RM5 akan dikenakan bagi kos pengeluaran kad tersebut. Nilai RM5 akan
dikreditkan ke dalam kad anda hanya satu kali transaksi sahaja. Sila pastikan baki
minima RM5 kekal di dalam kad bagi membolehkan anda menggunakan pas ini.
Maklumat berkaitan pas OKU Smile boleh didapati di laman web www.myrapid.com.my atau di
platform media sosial Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan. Bagi sebarang pertanyaan,
pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-7885 2585; Rapid
Penang 04-255 8000 atau Rapid Kuantan 09-5663686/019-3858607.