KUALA LUMPUR- Selepas tujuh tahun tidak berakai di Malaysia, DJ dan produser antarabangsa, Hardwell, bakal membuat penampilan istimewa dalam Festival Muzik Neon yang akan berlangsung di KL Base, Sungai Besi pada 11 April ini.
NEON Projects Sdn Bhd, telah memilih Hardwell sebagai bintang utama acara tersebut.

Festival Muzik Neon (NMF) 2025 dijadualkan untuk memeriahkan KL Base di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

NEON turut mengejutkan peminat dengan mengumumkan tiga artis besar, iaitu Dubvision, Matisse & Sadko, serta Third Party akan turut tampil bersama. “Persembahan ini merupakan kolaborasi pertama tiga legenda Progressive House, mencipta sejarah dalam dunia muzik tarian.
“Walaupun Matisse & Sadko pernah menghiburkan peminat Malaysia, ini adalah penampilan pertama Third Party di negara ini yang dinantikan ramai. Ia turut membawa kembali aliran Progressive House yang popular ke pentas tempatan selepas beberapa tahun,” kata kenyataan itu.
Dengan kepulangan Hardwell yang dinantikan serta penampilan artis antarabangsa, NEON Projects bertujuan untuk memperbaharui definisi muzik elektronik secara langsung, menjanjikan gabungan visual yang memukau, muzik berenergi tinggi, dan pengalaman yang luar biasa.
Bagi pengikut jenama NEON, mereka boleh menjangkakan suasana festival yang tiada tandingannya, dengan paparan LED yang menakjubkan, grafik masa nyata, pertunjukan laser, seni interaktif, serta peluang bergambar tanpa had.
“Pasukan NEON berusaha keras untuk memberikan pengalaman terbaik demi festival yang tiada tandingannya,” tambah kenyataan tersebut.
Sebagai rekod, festival ini dianjurkan oleh NEON Projects Sdn Bhd, menandakan kembalinya Hardwell ke Malaysia selepas tujuh tahun, dengan peminat pasti menantikan lagu-lagu popular seperti ‘Spaceman’ dan irama ‘Big Room Techno’ terbaru dari DJ tersebut.
Festival Muzik Neon (NMF) 2025
Tarikh: 11 April 2025 (Jumaat)
Lokasi: KL Base Field, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Harga Tiket:
- Pra Jualan – RM 248.00 (Habis)
- Early Bird – RM 268.00 (Masih Ada)
- Jualan Umum Tier 1 – RM 288.00
- Jualan Umum Tier 2 – RM 328.00
- VIP – RM 458.00
- VVIP – Tersedia atas permintaan
Tiket boleh didapati secara dalam talian di http://www.neonmusicfestival.asia. Untuk maklumat terkini, ikuti @neonmusicfestival di Instagram dan Facebook.