Genting -Malaysia bakal menjadi tuan rumah Miss & Mrs Majestic International 2025, sebuah pertandingan ratu cantik berprestij yang akan menghimpunkan lebih 30 peserta dari seluruh dunia di Genting Highlands pada Ogos 2025.

Acara ini bertujuan memartabatkan batik tempatan, meraikan kepelbagaian budaya dan menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026.Antara kemuncak acara ialah cubaan mencipta rekod “Catwalk Tertinggi Dalam Busana Tradisional” di Hoverland Genting Highlands, dek pemerhatian tertinggi negara pada ketinggian 6,106 kaki.

Pertandingan ini turut mendapat sokongan strategik dari Wyndham Ion Majestic Hotel dan Hard Rock Genting Malaysia.

Dengan kategori Miss dan Mrs, pertandingan ini bukan sahaja menonjolkan kecantikan, tetapi juga keperibadian, bakat dan kepimpinan wanita moden.

Setiap peserta juga akan dinobatkan sebagai Duta Batik Malaysia di negara masing-masing.