KUALA LUMPUR -Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang akan bersaing dengan Datuk Seri Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti kali ini, menegaskan beliau tidak mahu dibebani dengan isu seperti perdebatan.

“Saya tidak mahu kita dibebani dengan isu seperti perdebatan. Ia bukan soal berpolitik semata-mata,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Pada sidang media selepas program bersama akar umbi parti pada malam Khamis, Nurul Izzah berkata, kempen beliau kali ini memberi tumpuan kepada program berimpak tinggi dan pendekatan menyeluruh yang bermakna, khususnya kepada wanita dan pengundi muda, sambil meminimumkan ketegangan politik.

Terdahulu, Rafizi pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Mentakab, Pahang, memaklumkan beliau sedia berdebat dengan Nurul Izzah bagi meredakan suhu panas dalam kalangan penyokong masing-masing ketika ini.

Pada pemilihan 2022, Rafizi menang jawatan timbalan presiden selepas menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Nurul Izzah pula tidak bertanding dan kemudian dilantik sebagai naib presiden.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading