
Kuala Lumpur -Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa titah adendum YDPA ke-16 bagi bekas Perdana Menteri ke 6 Datuk Seri Najib Razak tidak sah dan tidak valid dengan alasan ianya dikeluarkan tanpa mematuhi prosedur serta melanggar Artikel 42 Perlembagaan.
Dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi itu bekas Perdana Menteri itu akan terus menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang sehingga tempoh hukuman tamat iaitu pada tahun 2028.
Najib sebelum ini menjalani hukuman penjara enam tahun serta denda RM50 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.