KUALA LUMPUR – Arab Saudi mengumumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1447 Hijrah akan jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026, selepas hilal Syawal dilaporkan tidak kelihatan pada petang sebelumnya.
Umat Islam di negara itu melengkapkan ibadah puasa selama 30 hari sebelum menyambut hari kemenangan.
Menurut laporan Inside The Haramain, hilal Syawal 1447 Hijrah tidak dapat dilihat di seluruh Arab Saudi, sekaligus menetapkan tarikh 1 Syawal pada hari Jumaat.
Arab Saudi antara negara yang memulakan puasa dan menyambut Aidilfitri lebih awal berbanding Malaysia, di mana tarikh 1 Syawal akan ditentukan melalui cerapan hilal yang dijadualkan pada petang Khamis, 19 Mac, sebelum diumumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa agama.
Perbezaan ini adalah perkara biasa kerana setiap negara menggunakan kaedah dan kriteria tersendiri untuk menentukan permulaan bulan Hijrah, termasuk kedudukan geografi, keadaan cuaca semasa cerapan, dan kaedah rukyah atau hisab yang diamalkan.