PUTRAJAYA – Usaha meredakan isu antara kaum diperkukuh menerusi program Harmoni MADANI yang mempertemukan 30 wakil badan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India.
Memetik laporan RTM, Sesi dialog yang berlangsung lebih empat jam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu membuka ruang perbincangan tanpa pengaruh luar, dengan kedua-dua pihak bersetuju mencari penyelesaian secara damai.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, inisiatif itu merupakan langkah awal memperkukuh persefahaman antara agama dan kaum, selain meredakan isu sensitif yang sedang memuncak.
Sementara itu, Pengerusi Mahima, Datuk N. Sivakumar memaklumkan kedua-dua pihak sepakat menghentikan polemik berkaitan pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran serta perbalahan di media sosial.
Antara cadangan utama termasuk mengadakan rundingan meja bulat, menubuhkan jawatankuasa khas di bawah kerajaan serta melaksanakan audit bagi mendapatkan data tepat berkaitan isu tanah.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kenyataan berunsur provokasi yang boleh memburukkan keadaan