KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil lebih awal terhadap aktiviti ahli perniagaan, Victor Chin, walaupun kegiatan itu dipercayai telah wujud sebelum tahun 2018.
Menurut beliau, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan dakwaan berkaitan aktiviti berkenaan bukan isu baharu, sebaliknya telah lama berlaku dan berkemungkinan diketahui pihak tertentu sebelum ini.
Fahmi menegaskan bahawa siasatan yang sedang dijalankan ketika ini perlu diteruskan secara menyeluruh dan telus bagi memastikan semua pihak yang terlibat diheret ke muka pengadilan.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau tindakan di luar batas undang-undang, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Isu melibatkan Victor Chin kini menjadi perhatian selepas beberapa perkembangan terkini, termasuk tindakan pihak berkuasa menyiasat aktiviti yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan manipulasi korporat.