SEOUL- Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung bersetuju memperluas kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
Kesepakatan itu dicapai sempena pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin semasa lawatan rasmi Prabowo ke Korea Selatan, menurut laporan Bernama
Prabowo berkata, langkah berkenaan mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan jangka panjang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Menurutnya, hubungan Indonesia dan Korea Selatan kini memasuki fasa baharu yang lebih erat, meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, pertahanan serta teknologi.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam sektor strategik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kestabilan serantau.
Presiden Lee pula menyatakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara terus berkembang berasaskan kepercayaan dan kepentingan bersama.