
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, satu mayat telah ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.59 pagi di kawasan luar laluan pendakian Bukit Changkat Asa, dan dipercayai mayat tersebut merupakan mangsa remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di situ.
Menurut beliau, lokasi penemuan mangsa adalah kira-kira 500 meter dari tempat terakhir mangsa dilihat, selain berada sekitar satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
“Pasukan SAR mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk membawa mangsa keluar ke PKTK menggunakan pengusung,” katanya.