KUALA LUMPUR, 5 Jun – Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization in Malaysia (MERHROM) menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan ucapan kebencian, xenofobia, Islamofobia, penyebaran maklumat palsu serta kempen anti-Rohingya yang semakin membimbangkan.
Presiden MERHROM, Zafar Ahmad Abdul Ghani, berkata sentimen anti-pelarian dan anti-Rohingya memberi kesan buruk bukan sahaja kepada mangsa, malah kepada keluarga, masyarakat dan generasi akan datang.
Beliau turut menyeru kerajaan Malaysia, ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta komuniti antarabangsa untuk memperkukuh perlindungan terhadap pelarian Rohingya dan golongan rentan lain yang terkesan akibat konflik, peperangan dan diskriminasi.
“Perang, genosid dan konflik bukan penyelesaian. Dunia perlu bersatu untuk menyelamatkan nyawa orang yang tidak berdosa serta menegakkan keamanan dan keadilan sejagat,” katanya.
MERHROM juga menggesa pemimpin dunia dan pertubuhan masyarakat sivil mengambil tindakan segera bagi membendung kebencian berasaskan agama dan kaum di seluruh dunia.
Sumber: Hantaran Facebook Zafar Ahmad Abdul Ghani, Presiden MERHROM.