KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 sebagai ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan kerajaan yang bakal dibentuk.

Bekas Menteri Kesihatan serta Menteri Belia dan Sukan itu berkata, ucapan Ahmad Zahid turut memperincikan hala tuju Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya kepada pemberita selepas mendengar Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Dalam ucapan dasar itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan UMNO sebagai parti berpandangan jauh dengan visi jangka panjang untuk Malaysia, bukan sekadar parti yang mahu bertahan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

Beliau turut menggesa PRU16 diadakan secepat mungkin dengan menyifatkan sudah tiba masanya BN mendapatkan mandat baharu untuk menerajui negara.

Ahmad Zahid turut memberi jaminan bahawa institusi kehakiman dan institusi negara tidak akan dijadikan alat politik sekiranya BN kembali menerajui Putrajaya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading