KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Kehadiran Rosmah turut menarik perhatian ketika beliau berada di lokasi persidangan yang menghimpunkan ribuan perwakilan UMNO dari seluruh negara.

PAU 2026 kemudiannya rasmi dimulakan pagi ini dengan acara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, WTCKL.

Upacara simbolik berkenaan disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ bersama para perwakilan yang hadir.

Seramai 6,403 perwakilan UMNO termasuk daripada Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO menghadiri PAU 2026 yang berlangsung sejak Rabu lalu hingga esok.

Bukan sahaja perwakilan, kira-kira 450 petugas media termasuk media antarabangsa turut mendaftar bagi membuat liputan sepanjang persidangan berkenaan.

PAU 2026 terlebih dahulu dimulakan dengan Pra-PAU yang menyaksikan pelbagai program dianjurkan, antaranya Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Kongres Pendidikan Melayu 2.0 anjuran Biro Pendidikan UMNO Malaysia.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading