KUALA LUMPUR – Rangkaian serbaneka 24 jam KK Mart bakal menjadi akses kepada kira-kira 17,000 kamera litar tertutup (CCTV) dan kawasan persinggahan (staging area) bagi meningkatkan keberadan polis di kawasan komuniti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, insiatif itu membuktikan pihak swasta yang berdepan dengan persaingan sengit dalam industri peruncitan meletakkan tanggungjawab sosial sebagai keutamaan.

Katanya, cadangan tersebut sedang diperingkat awal selepas kertas cadangan (proposal) diangkat oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

“Alhamdulillah, kita buat jalinkan kerjasama antara pihak swasta, KK Mart dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana tanggungjawab sosial diberikan oleh KK Mart ini, memberikan kebaikan faedah kepada masyarakat serta  warga polis.

“Kita juga berhasrat supaya KKM Mart ini menjadi ‘safety point’ untuk masyarakat di luar sana, sebagai tumpuan keselamatan selain tingkatkan kerjasama rondaan serta pemantauan.

“Pada masa sama, kita akan tingkatkan kerjasama, rondaan dan pemantauan supaya KK Mart boleh dijadikan safety point, iaitu satu tempat yang selamat untuk masyarakat di sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Kedai Serbaneka KK Mart di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di ibu negara hari ini.

Ketika ini, PDRM sememangnya mempunyai proses kerja untuk mengunjungi premis KK Mart bagi menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan data yang diperlukan, termasuk bagi membantu siasatan.

Ketika ini PDRM mempunyai prosedur sedia ada untuk mengunjungi premis KK Mart bagi tujuan pemeriksaan serta mendapatkan data yang diperlukan, termasuk bagi membantu siasatan.

“Data yang kita perlukan itu memang mempunyai kaitan dengan pusat kawalan di Kuala Lumpur, iaitu Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), jadi kita boleh menjalankan pemantauan dengan lebih langsung,” katanya lagi.

Tegas Fadil, cadangan tersebut akan diperhalusi bersama KK Mart serta agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan, privasi dan pematuhan undang-undang diberi keutamaan sebelum dilaksanakan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading