JAKARTA- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan pada Jumaat menemukan tiga lagi mayat dalam sebuah kapal yang terbalik dan karam di Laut Jawa, menjadikan angka kematian sembilan orang pada hari keenam operasi pencarian, menurut Tentera Laut Indonesia, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Laut Indonesia Laksamana Pertama Tunggul berkata penyelam tentera laut memasuki kapal yang karam itu dan menemukan mayat dua lelaki serta seorang wanita.

Penyelam turut menemukan 210 barangan dari dalam dan sekitar bangkai kapal itu yang akan diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia untuk siasatan, kata Komander Pangkalan Tentera Laut Indonesia di Banjarmasin Galih Nurna Putra.

Virgo Transport 8 membawa 243 orang dari Surabaya di wilayah Jawa Timur menuju ke Banjarmasin apabila kapal itu terbalik akibat cuaca buruk pada awal Ahad.

Menurut data rasmi terkini, 108 orang berjaya diselamatkan, sembilan disahkan maut manakala 126 lagi masih hilang.

— BERNAMA-XINHUA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading