KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan pelepasan Malaysia Sarong Music Run 2026 yang berlangsung di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Anwar yang hadir mengenakan pakaian sukan bersama selempang sarung turut meluangkan masa menyertai acara jalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer bersama peserta. 

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Memasuki tahun ketiga penganjuran, acara berkenaan menghimpunkan kira-kira 20,000 peserta tempatan dan antarabangsa dengan pilihan larian 3km serta 5km. 

Menurut Bernama, Anwar ketika berucap menzahirkan penghargaan kepada peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang menyertai program berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan gaya hidup sihat. 

Malaysia Sarong Music Run turut menggabungkan elemen budaya dan warisan sepanjang laluan larian, termasuk persembahan kebudayaan, muzik serta aktiviti interaktif untuk peserta. 

Penganjuran tahun ini turut diserikan dengan persembahan muzik dan kebudayaan, manakala peserta digalakkan mengenakan kain sarung sebagai sebahagian daripada konsep acara yang mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia. 

Acara tersebut berlangsung di kawasan KLCC pada 19 September 2026 dan turut menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur ditutup sementara bagi memberi laluan kepada peserta.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading