KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan serta tawaran sumbangan daripada rakan dan sahabat, termasuk dari luar negara, susulan perkembangan terbaharu membabitkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi hantaran di media sosial, Rosmah berkata antara rakan yang menghubunginya berasal dari Brunei, Itali, Singapura dan Kanada.
Menurutnya, mereka menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan terkini Najib selain menyatakan hasrat untuk menghulurkan sumbangan.
“Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga. Itu sahaja,” katanya.
Rosmah berkata beliau tidak menyangka masih ramai yang mengambil berat dan bersedia membantu dengan penuh keikhlasan.
Beliau turut menyifatkan sokongan berkenaan sebagai sesuatu yang membuatkannya lebih menghargai sahabat yang terus bersama keluarganya ketika susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi atas segala doa, kasih sayang dan keikhlasan kalian,” katanya.
Perkembangan itu susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat termasuk penyelesaian denda RM50 juta.


Leave a Reply