TRONOH – Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas tersekat pada bahagian pintu tandas sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, hari ini.

Dalam kejadian itu, JBPM Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan bomba yang terdiri daripada enam anggota tiba kira-kira 14 minit selepas panggilan diterima.

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi, anggota mendapati polis dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 39 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersangkut pada struktur pintu tandas.

“Pegawai KKM kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Sabarodzi, anggota bomba kemudian menjalankan usaha mengeluarkan mangsa dengan mengubah kedudukan tubuhnya sehingga berjaya dikeluarkan dari ruang berkenaan.

Mangsa selepas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang turut melibatkan empat anggota polis serta tiga pegawai KKM itu ditamatkan pada jam 3 petang.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading