KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja kembali ke Malaysia dari China.

Memetik laporan Berita RTM, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan untuk berundur daripada Kabinet telah dibuat dan pendiriannya kekal seperti sebelum ini.

Beliau kini mengiringi Anwar dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou.

Anthony sebelum ini menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya melibatkan kedudukan Anthony dalam Kabinet, manakala menteri dan timbalan menteri daripada DAP yang lain akan terus menjalankan tugas dalam kerajaan. 

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan beliau menghormati pendirian Anthony dan mahu memberi ruang untuk berbincang berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat. 

Surat rasmi peletakan jawatan berkenaan masih perlu diserahkan kepada Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading