KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa jentera Pakatan Harapan (PH), khususnya Amanah, segera menggerakkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa hari ini menandakan bermulanya persediaan ke arah pilihan raya negeri tersebut. 

Mohamad meminta seluruh jentera parti di semua peringkat turun ke lapangan serta menyusun gerak kerja yang diperlukan menjelang PRN berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jentera supaya mengamalkan pendekatan rahmatan lil ‘alamin sepanjang menjalankan aktiviti, termasuk tidak menjadikan perbezaan kaum dan agama sebagai bahan yang boleh mencetuskan kebencian. 

Beliau turut menyeru anggota parti supaya bergerak secara berpasukan dengan mengutamakan disiplin, amanah dan semangat kebersamaan.

DUN Melaka ke-15 dibubarkan berkuat kuasa 23 September bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16. Berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. 

Mohamad berharap segala usaha dan persiapan yang digerakkan jentera PH dapat berjalan lancar menjelang PRN Melaka.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading