IPOH – Dua beranak masing-masing direman tujuh dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Cheh Kati, Kuala Kangsar semalam.

Perintah reman terhadap dua lelaki berusia 15 dan 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar selepas menerima permohonan daripada polis bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 49 tahun ditemukan mati dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 2.38 petang selepas ahli keluarga menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek, selain polis menemukan sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

— BERNAMA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading