PETALING JAYA – Sunway Lagoon kembali menghidupkan suasana seram menerusi Nights of Fright 12 (NOF12), yang tampil dengan pengalaman lebih besar dan pelbagai tarikan baharu bertemakan “Ape-ocalypse”.
Acara Halloween berkenaan berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad, bermula 25 September hingga 7 November 2026, dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam.
NOF12 menawarkan lapan rumah berhantu, satu teater berhantu, tiga zon seram, 11 permainan ekstrem serta satu pentas persembahan untuk pengunjung berusia 13 tahun ke atas.
Antara tarikan yang menanti pengunjung termasuk rumah berhantu dengan tema tersendiri, permainan Sunway Lagoon yang diberi sentuhan seram serta zon-zon khas yang menampilkan pelbagai kejutan dan pengalaman menakutkan.
Bagi yang mahu menikmati pengalaman lebih lengkap, turut disediakan pilihan tiket Admission, Xpress Pass dan SVIP Xpress Pass dengan harga bermula RM138 hingga RM348.
Klook pula menjadi rakan tiket rasmi NOF12, selain menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menyertai promosi dan tawaran tertentu sepanjang acara berlangsung.
Dengan gabungan rumah berhantu, zon seram, permainan ekstrem dan persembahan secara langsung, NOF12 dijangka memberikan pengalaman berbeza kepada peminat aktiviti Halloween dan mereka yang gemarkan cabaran mendebarkan.
Lokasi: Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh: 25 September – 7 November 2026
Masa: 7.30 malam – 11.30 malam
Umur: 13 tahun ke atas
Harga tiket: Bermula RM138



Leave a Reply