KUALA LUMPUR – Anthony Loke Siew Fook mengesahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Bagaimanapun, Anwar meminta beliau meneruskan tugas berkenaan untuk tempoh tertentu sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa.
Menurut Loke, tempoh tersebut berkait dengan kepulangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke rumah.
“Tempoh masa itu ialah apabila Najib pulang ke rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini, hari ini.
Beliau sebelum ini dilaporkan menawarkan untuk meletakkan jawatan susulan keputusan pengampunan bersyarat yang melibatkan Najib.
Keputusan berhubung peletakan jawatan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 3 petang minggu lalu.
Loke berkata, beliau menyerahkan surat tersebut secara terus kepada Anwar selepas kedua-duanya mengadakan perbincangan.
“Dalam perbincangan tersebut, Anwar menasihati saya untuk meneruskan tugas buat sementara waktu. Beliau akan membuat keputusan, tetapi saya katakan bahawa perlu juga ada satu tempoh masa,” katanya.


Leave a Reply