KAPAR – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditemukan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kapar, hari ini.

Memetik laporan Bernama, mayat mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan melekat pada kabel elektrik sebelum polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Klang Utara, Ramsay Embol berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan ketika menjalankan kegiatan mencuri kabel berkenaan.

Menurutnya, tangan mangsa masih berada pada kabel TNB ketika ditemukan.

Polis turut menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk memotong kabel, selain sebuah mangga dan motosikal yang ditinggalkan di lokasi kejadian.

Keluarga mangsa kemudian hadir untuk membuat pengecaman.

Ramsay berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), manakala mayat dihantar ke Hospital UiTM Puncak Alam bagi tujuan bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Azhar di talian 012-349 5921 bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading