KUALA LUMPUR – Beberapa pengguna media sosial mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah selepas mengisi minyak petrol, khususnya RON95, sejak beberapa hari lalu.

Dakwaan yang dikongsikan di platform Threads itu antaranya melibatkan kenderaan yang sebelum ini berfungsi seperti biasa, namun selepas mengisi minyak mula mengalami masalah seperti sukar dihidupkan, enjin bergegar, bunyi kasar serta lampu amaran enjin menyala.

Ada pengguna turut mendakwa kenderaan mereka terpaksa dihantar ke bengkel atau ditunda selepas gagal dihidupkan seperti biasa.

Bagaimanapun, punca sebenar kerosakan berkenaan masih belum dapat dipastikan dan dakwaan yang dikongsikan di media sosial itu belum mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah kenderaan dengan kualiti atau bekalan minyak di mana-mana stesen tertentu.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat kesimpulan atau menyebarkan dakwaan yang belum disahkan, sementara menunggu penjelasan daripada pihak berkaitan. -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading