KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia telah memaklumkan perincian prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman berkata, perkara itu telah dimaklumkan secara lanjut kepada Najib.

“Jabatan Penjara sudah memaklumkan details (perincian) kepada Datuk Seri Najib,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung pelaksanaan hala tuju institusi Parlimen susulan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang mula berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Sementara itu, Azalina ketika ditanya mengenai perkara sama enggan mengulas lanjut dan meminta soalan tersebut diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading