PONTIAN – Hasrat tiga beradik untuk ke sekolah bertukar tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, pagi Khamis.

Nahas sekitar jam 7 pagi itu mengorbankan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun serta dua adiknya, masing-masing berusia 11 dan lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian, mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihak polis kini menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan keadaan sebenar kemalangan.

“Kes masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan diberikan dalam masa terdekat,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang menuju ke sekolah sebelum motosikal dinaiki mereka terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah lori.

Kemalangan itu berlaku pada hari pertama sekolah di seluruh Johor ditutup selama dua hari susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara.

Dalam perkembangan sama, beberapa foto dan video yang dipercayai dirakam di lokasi kejadian turut tersebar di media sosial. -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading