KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi Parti BERSAMA Malaysia selama tiga bulan bermula 20 Oktober 2026 hingga 19 Januari 2027.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media parti berkenaan yang dikongsi Datuk Seri Rafizi Ramli di akaun Facebook miliknya.
Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat susulan pengakuan Nik Nazmi berhubung penglibatannya dalam satu kes yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.
BERSAMA berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan menegaskan bahawa isu membabitkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani dengan sewajarnya bagi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat.
Parti itu turut menjelaskan bahawa tindakan merehatkan Nik Nazmi daripada aktiviti rasmi bukan bermakna sumbangan serta komitmen beliau terhadap perjuangan BERSAMA sejak parti itu dilancarkan semula pada Mei 2026 diketepikan.
Kenyataan bertarikh 17 Oktober 2026 itu dikeluarkan oleh Syukri Razab bagi pihak BERSAMA.


Leave a Reply