JAKARTA – Sebanyak 73.8 peratus pemandu ojek dalam talian (ojol) di Indonesia menyertai sektor pekerjaan berasaskan platform digital kerana tidak berjaya memperoleh pekerjaan formal.

Dapatan itu berdasarkan kajian Segara Research Institute yang dijalankan antara Ogos hingga September 2026 melibatkan 506 pekerja gig di lima bandar utama, iaitu Jakarta, Bandung, Surabaya, Medan dan Makassar.

Daripada jumlah responden berkenaan, seramai 175 orang merupakan rakan pemandu perkhidmatan ojol dan teksi dalam talian.

Menurut laporan Tempo, hasil kajian itu menunjukkan bahawa ketiadaan peluang pekerjaan formal menjadi faktor utama sebahagian besar pemandu memilih pekerjaan berasaskan platform digital.

Sektor ekonomi gig membolehkan pekerja memperoleh pendapatan melalui tugasan atau perkhidmatan menggunakan platform digital, termasuk penghantaran penumpang dan barangan.

Laporan itu bagaimanapun tidak memperincikan faktor lain yang mendorong responden menyertai sektor berkenaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading