KUALA LUMPUR – Dasar kesihatan mental di tempat kerja yang sedang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) belum dimuktamadkan kerana memerlukan penelitian lanjut melalui perbincangan bersama pelbagai pihak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan pemegang taruh lain penting bagi memastikan dasar itu mengambil kira keperluan serta pandangan pihak berkaitan.

Beliau berkata, KKM mahu memastikan proses penyediaan dasar dilaksanakan secara menyeluruh dengan mendapatkan maklum balas yang mencukupi, bukannya dibuat tanpa penglibatan pihak lain.

Menurutnya, sesi konsultasi akan diperluas sebelum dasar berkenaan dapat diselesaikan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sempena Sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading