LAHAD DATU – Polis menahan enam individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di sebuah restoran di bandar ini yang dipercayai tercetus akibat isu cemburu.

Kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 38 tahun diberkas di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.

Menurut siasatan awal, pertelingkahan dipercayai bermula antara seorang pekerja lelaki dengan rakan sekerja wanitanya sebelum teman lelaki wanita itu dan beberapa individu lain turut terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sebelum ini, satu video berdurasi kira-kira 30 saat yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dikejar sekumpulan individu sebelum terjatuh dan dipukul di luar restoran.

Kejadian itu turut mengundang kekecohan apabila suara pelanggan menjerit kedengaran ketika insiden berlaku.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading