KUANTAN – Kebakaran yang melibatkan dua unit rumah teres dua tingkat di Taman Seri Kuantan malam tadi turut memusnahkan kediaman Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 malam.
Seramai 36 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota serta Gebeng dikerahkan bagi mengawal dan memadam kebakaran.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa mengesahkan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan ketika laporan dikeluarkan, manakala punca kebakaran belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim menerusi Threads menyampaikan kata-kata sokongan kepada Mustaffar Kamal supaya terus tabah menghadapi dugaan tersebut.


Leave a Reply