PUTRAJAYA- Anggota polis yang mengalami kecederaan serius pada pergelangan tangan kanan akibat diserang warga asing berjaya menjalani pembedahan penyambungan semula tangan menerusi prosedur mikrosurgeri kompleks selama lapan jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, pembedahan itu diketuai oleh Dr. Allan Ravi Rajagopal dan Dr. Aziz Sabbir Husain yang merupakan Pakar Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL.

Katanya, pembedahan itu turut melibatkan kerjasama seluruh pasukan Unit Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL (Hand and Microsurgery Unit).

Mangsa dikenal pasti sebagai Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy, 26, yang berasal dari Sibu, Sarawak dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah dalam insiden serangan pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai diserang menggunakan parang oleh seorang lelaki warga asing sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus.

Suspek kemudian dilaporkan maut ditembak polis selepas bertindak agresif sekali lagi terhadap anggota keselamatan berhampiran sebuah taman permainan.

KUALA LUMPUR – Perkembangan memberangsangkan dilaporkan membabitkan seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang lelaki bersenjatakan parang di Desa Aman Puri, Kepong, apabila pembedahan menyambung semula anggota badannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan berjaya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy, 26, yang berasal dari Sibu, Sarawak dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah dalam insiden serangan pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai diserang menggunakan parang oleh seorang lelaki warga asing sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus.

Suspek kemudian dilaporkan maut ditembak polis selepas bertindak agresif sekali lagi terhadap anggota keselamatan berhampiran sebuah taman permainan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.