SHAH ALAM – Penjawat awam di Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor 2026 bersamaan dua bulan gaji atau elaun, dengan bayaran minimum RM1,000.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian itu merupakan penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen dan usaha kakitangan awam dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, penjawat awam memainkan peranan penting dalam menjayakan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan masyarakat termasuk golongan rentan, pelajar sekolah, wanita bekerja, petani dan pesawah.

“Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor bagi Tahun 2026 sebanyak dua bulan gaji atau dua bulan elaun dengan bayaran minimum RM1,000,” katanya.

Pemberian bantuan itu mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap khidmat bakti penjawat awam yang menjadi antara tonggak utama dalam memastikan dasar dan program pembangunan Selangor dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.