BUKIT KATIL – Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif mencatat kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil apabila berjaya menewaskan penyandang kerusi itu, Adly Zahari.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.30 malam Sabtu, Muhammad Ridzuan memperoleh 9,988 undi, jauh mengatasi Adly yang mendapat 5,363 undi.

Sementara itu, calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Aliza Che Amran memperoleh 702 undi, manakala calon Bebas, Abu Bakar Sabudin hanya meraih 95 undi.

Keputusan berkenaan memberikan Muhammad Ridzuan kelebihan majoriti sebanyak 4,625 undi berbanding pencabarnya.

Kekalahan itu menyaksikan Adly gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil yang sebelum ini menjadi satu-satunya kemenangan Parti Amanah Negara (Amanah) di Melaka.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.