MELAKA – Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan mandat sebagai Ketua Menteri Melaka selepas gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu dijadual berlangsung di Balai Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, hari ini.

Pelantikan semula Ab Rauf menyusul kemenangan gabungan BN-PN yang menguasai 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memperoleh majoriti lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu, BN memenangi 21 kerusi manakala PN memperoleh tiga kerusi. Pakatan Harapan (PH) pula hanya berjaya mempertahankan empat kerusi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan persetujuan BN dan PN untuk mencalonkan Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara bagi meneruskan kepimpinan kerajaan negeri.

Kemenangan tersebut menyaksikan gabungan BN-PN memperoleh mandat baharu untuk meneruskan pentadbiran Melaka bagi penggal seterusnya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.