KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh mempersoalkan asas keputusan kerajaan menetapkan premium pembaharuan pajakan tanah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada kadar nominal RM1,000 berbanding penilaian asal sebanyak RM4.67 juta.
Menerusi hantaran di Facebook, Akmal berkata meskipun tanah berkenaan didakwa tidak mempunyai nilai komersial, ia tetap mempunyai nilai berdasarkan penilaian yang dibuat oleh agensi berkaitan.
Beliau mempersoalkan alasan dan asas pertimbangan yang digunakan sehingga premium asal RM4.67 juta dikurangkan kepada RM1,000 bagi tempoh pajakan selama 99 tahun.
Akmal turut mencabar pihak kerajaan menunjukkan sekiranya benar terdapat lot tanah di Kuala Lumpur yang langsung tidak mempunyai nilai.
“Jadi, YB Menteri, atas asas apa premium RM4.67 juta itu dikurangkan kepada RM1,000?” katanya.
Hantaran itu dipercayai merujuk kepada keputusan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000.


Leave a Reply